Persoalan awal yang perlu kita timbulkan di sini ialah, bagaimana
pengurusan barat lahir ? Pengurusan Barat lahir kerana wujudnya falsafah
ekonomi rasional yang mana ia bergantung kepada kemampuan akal semata-mata. Di
mana penekanan ia menjurus ke arah memaksimumkan produktiviti, kualiti dan
keuntungan.
Bagi menjelaskannya, kita akan meninjau pengurusan Barat dari
aspek definisi, Sistem dan ciri-ciri nya.
Definisi Pengurusan Barat
Di antara definisi-definisi pengurusan
yang dihuraikan oleh sarjana-sarjana Barat ialah:
a.
Hilgert dan
Leonard
Pengurusan merupakan suatu proses di mana kerja-kerja dapat
dilaksanakan dengan mengembeling sumber manusia serta membimbing dan memberi
motivasi kepada usaha-usaha mereka ke arah pencapaian objektif organisasi.
b.
Boone dan
Kurtz
Pengurusan ialah usaha-usaha
pencapaian objektif organisasi melalui sumber manusia dan sumber teknikal
dengan cara yang paling efektif.
c.
Gitman dan
McDaniel
Pengurusan sebagai suatu proses
mengkoordinasikan sumber manusia dengan sumber-sumber lain dalam sesebuah
organisasi bagi mencapai tujuan dan matlamat organisasi tersebut.
d.
Wagner dan
Hollenback
Pengurusan ialah suatu proses
perancangan, pelaksanaan, pengarahan dan kawalan perlakuan organisasi.
No comments:
Post a Comment