Konsep Pengurusan Islam
Sebagaimana yang kita maklum, sistem
pengurusan Islam adalah lengkap dan sistematik di mana ia berpandukan kepada
Al-Quran dan As-Sunnah. Prinsip pengurusannya jelas, penyusunan dan perancangan
pengurusan yang teratur, pengawasan yang meyeluruh dan terperinci, dan motivasi
yang mempunyai asas yang kukuh untuk mendapat keredhaan Allah SWT dan tidak
semata-mata kebendaan dan keduniaan sahaja.
2.1.1 Definisi Pengurusan Islam
Di dalam pengurusan Islam , terdapat
beberapa sarjana-sarjana Islam telah mengutarakan definisi pengurusan. Di
antaranya :
1.
Ahmad
Ibrahim Abu Sin
·
Pengurusan
sebagai satu kajian ilmiah terhadap bakat dan kebolehan serta kemahiran
seseorang menjadi pengurus.
2.
Profesor
Syed Othman Alhabshi
·
Pengurusan
merupakan suatu proses mendapat dan mencantumkan sumber-sumber kewangan, modal,
tenaga manusia dan sebagainya untuk mencapai matlamat organisasi sama ada dalam
bentuk barangan atau perkhidmatan.
3.
Muhammad A.
Al-Buraey
·
Pengurusan
merupakan penyelarasan tenaga manusia untuk mencapai matlamat kelompok sebagai makhluk sosial yang perlu
berinteraksi antara satu sama lain.

No comments:
Post a Comment