Tuesday, October 13
Ciri-Ciri Pengurusan Barat
Pakar-pakar
pengurusan barat telah menyenaraikan ciri-ciri pengurusan yang dinamis seperti
berikut :-
Ramalan
Pihak pengurusan dapat membuat ramalan sesuatu hal yang akan datang untuk kemajuan organisasi dan membuat persediaan serta jangkaan sebab dan akibatnya.
Pengorganisasian
Pihak pengurusan memperkukuhkan organisasi dengan menyusun struktur, agihan, penyerahan kuasa dan mengeratkan hubungan kemanusian antara pihak pengurusan dengan pekerja.
Pimpinan
Pihak pengurusan membuat keputusan, menghadkan perhubungan, meningkatkan motivasi, pemilihan, penempatan tenaga kerja dan pembangunan atau latihan serta penambahan tenaga kerja.
Pengawalan
Untuk menjaga perkihdmatan cemerlang dan pengurusan berkualiti, pihak pengurusan sentiasa mengadakan kawalan mutu perkhidmatan dan pengeluaran. Penilian dan pengukuran dilakukan dari masa ke semasa untuk mengenalpasti kelemahan dan mencadangkan pembaikan.
Perancangan Bertindak
Pihak pengurusan membuat perancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk mencapai matlamat organisasi secara sistematik dari segi teori dan amali.
Sistem Pengurusan Barat
Salah satu
sistem pengurusan yang berkesan di barat ialah menggunakan konsep Management
By Walking Around (MBWA) yang merangkumi :-
iii. Membuat
keputusan dalam hal keusahawanan, menyelesaikan masalah, agihan sumber manusia
dan sumber alam dan sebagai perunding.
KONSEP PENGURUSAN BARAT
Persoalan awal yang perlu kita timbulkan di sini ialah, bagaimana
pengurusan barat lahir ? Pengurusan Barat lahir kerana wujudnya falsafah
ekonomi rasional yang mana ia bergantung kepada kemampuan akal semata-mata. Di
mana penekanan ia menjurus ke arah memaksimumkan produktiviti, kualiti dan
keuntungan.
Bagi menjelaskannya, kita akan meninjau pengurusan Barat dari
aspek definisi, Sistem dan ciri-ciri nya.
Definisi Pengurusan Barat
Di antara definisi-definisi pengurusan
yang dihuraikan oleh sarjana-sarjana Barat ialah:
a. Hilgert dan Leonard
Pengurusan merupakan suatu proses di mana kerja-kerja dapat dilaksanakan dengan mengembeling sumber manusia serta membimbing dan memberi motivasi kepada usaha-usaha mereka ke arah pencapaian objektif organisasi.
b. Boone dan Kurtz
Pengurusan ialah usaha-usaha pencapaian objektif organisasi melalui sumber manusia dan sumber teknikal dengan cara yang paling efektif.
c. Gitman dan McDaniel
Pengurusan sebagai suatu proses mengkoordinasikan sumber manusia dengan sumber-sumber lain dalam sesebuah organisasi bagi mencapai tujuan dan matlamat organisasi tersebut.
d. Wagner dan Hollenback
Pengurusan ialah suatu proses perancangan, pelaksanaan, pengarahan dan kawalan perlakuan organisasi.
CIRI-CIRI PENGURUSAN ISLAM
1. Ciri-ciri Pengurusan Islam
2.1.4.1 Ciri-ciri Umum
1.
Ciri-ciri Khusus
a. Pengurusan Islam merupakan sebahagian daripada sistem masyarakat bagi
menentukan matlamat hidup dan hubungan masyarakat dan hubungan manusia dengan
manusia, manusia dengan Allah, manusia dengan masyarakat dan hubungan manusia
dengan alam. Pentadbiran dan pengurusan dalam Islam termasuk dalam lingkungan
ibadat sebagaimana dijelaskan oleh Allah s.w.t di dalam Al-Quran:
“ “Katakanlah :
Sesungguhnya sembahyangku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah tuhan semesta alam”.
(Surah
Al-An’am : 6:162)
b. Islam menjelaskan bahawa pekerjaan dan jawatan khususnya di dalam
pengurusan dianggap sebagai suatu amanah dan tanggungjawab seperti yang
dijelaskan di dalam Al-Quran yang bermaksud :
“Sesungguhnya Allah s.w.t
menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan (menyuruh
kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan
adil”. (Surah
An-Nisa : 4:58)
Prinsip-Prinsip Pengurusan Islam
- Tiga prinsip pengurusan Islam yang penting ialah:-
- Demokrasi
- Syura
- Delegasi
- Demokrasi
Demokrasi ialah jaminan hak individu untuk bertindak bagi mendapat dan mempertahankan hak. Namun demikian Islam menekankan kewajipan tentang memelihara hak masyarakat. Islam menjamin hak individu dan masyarakat secara serentak dengan mewajibkan setiap individu bersifat benar, jujur, ikhlas, amanah, bertanggungjawab dan adil dalam pengurusan. Umat Islam mesti menjauhkan diri dari sifat-sifat mazmumah seperti bohong, mungkir janji, mengampu dan sebagainya.
- Syura
Prinsip syura dalam pengurusan merangkumi perundingan, perbincangan dan mesyuarat dengan kakitangan bagi memastikan peluang penyertaan diberi kepada setiap ahli organisasi untuk memberikan pendapat bagi mencapai keputusan bersama. Prinsip ini akan memperkukuhkan lagi demokrasi, sifat amanah, benar dan ikhlas dalam diri individu.
- Delegasi
Delegasi atau agihan dan penyerahan tugas dilakukan mengikut kemahiran, kelayakan dan minat seseorang di dalam memangku tugas yang diberikan oleh pihak pengurusan atau ketua. Orang yang diberi kuasa ini bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas dan membuat keputusan dengan amanah tetapi tanggungjawab sepenuhnya masih disandang oleh pihak pengurusan.
Matlamat dan Objektif Pengurusan Islam
v
Menjalankan
tugas yang telah diamanahkan oleh Allah dengan adil dan memelihara perhubungan
yang baik sesama insan.
v
Memakmurkan
mukabumi ini dengan cara yang diredhai.
v
Melaksanakan
syariah Islam iaitu ibadat, muamalat dan hukum-hukum Islam yang lain.
v
Mencari
keredhaan Allah walaupun ketika berurusan dalam hal-hal duniawi.
v
Memastikan
bahawa Islam itu sentiasa lebih tinggi darjatnya daripada hal-hal lain.
KONSEP DAN DEFINISI PENGURUSAN ISLAM
Konsep Pengurusan Islam
Sebagaimana yang kita maklum, sistem
pengurusan Islam adalah lengkap dan sistematik di mana ia berpandukan kepada
Al-Quran dan As-Sunnah. Prinsip pengurusannya jelas, penyusunan dan perancangan
pengurusan yang teratur, pengawasan yang meyeluruh dan terperinci, dan motivasi
yang mempunyai asas yang kukuh untuk mendapat keredhaan Allah SWT dan tidak
semata-mata kebendaan dan keduniaan sahaja.
2.1.1 Definisi Pengurusan Islam
Di dalam pengurusan Islam , terdapat
beberapa sarjana-sarjana Islam telah mengutarakan definisi pengurusan. Di
antaranya :
1.
Ahmad
Ibrahim Abu Sin
·
Pengurusan
sebagai satu kajian ilmiah terhadap bakat dan kebolehan serta kemahiran
seseorang menjadi pengurus.
2.
Profesor
Syed Othman Alhabshi
·
Pengurusan
merupakan suatu proses mendapat dan mencantumkan sumber-sumber kewangan, modal,
tenaga manusia dan sebagainya untuk mencapai matlamat organisasi sama ada dalam
bentuk barangan atau perkhidmatan.
3.
Muhammad A.
Al-Buraey
·
Pengurusan
merupakan penyelarasan tenaga manusia untuk mencapai matlamat kelompok sebagai makhluk sosial yang perlu
berinteraksi antara satu sama lain.
Pengenalan
Dalam unit ini, kita akan mempelajari beberapa konsep pengurusan yang diamalkan oleh sesetengah organisasi. Konsep-konsep pengurusan sebenarnya telah bermula sejak zaman purba lagi seperti zaman Mesir kuno, Zaman Jahiliyyah dan sebagainya. Bolehkah anda nyatakan konsep-konsep pengurusan tersebut ?
Secara umumnya, konsep pengurusan yang menjadi amalan organisasi pada masa kini boleh kita bahagikan kepada tiga kategori iaitu :
- Konsep Pengurusan Islam
- Konsep Pengurusan Barat
OBJEKTIF
Objektif Am
|
: Memahami dan membezakan konsep- konsep pengurusan
|
Objektif :
Khusus
|
Di akhir unit ini anda seharusnya dapat:
|
Subscribe to:
Posts (Atom)
