Pakar-pakar
pengurusan barat telah menyenaraikan ciri-ciri pengurusan yang dinamis seperti
berikut :-
Ramalan
Pihak
pengurusan dapat membuat ramalan sesuatu hal yang akan datang untuk kemajuan
organisasi dan membuat persediaan serta jangkaan sebab dan akibatnya.
Pengorganisasian
Pihak
pengurusan memperkukuhkan organisasi dengan menyusun struktur, agihan,
penyerahan kuasa dan mengeratkan hubungan kemanusian antara pihak pengurusan
dengan pekerja.
Pimpinan
Pihak
pengurusan membuat keputusan, menghadkan perhubungan, meningkatkan motivasi,
pemilihan, penempatan tenaga kerja dan pembangunan atau latihan serta
penambahan tenaga kerja.
Pengawalan
Untuk
menjaga perkihdmatan cemerlang dan pengurusan berkualiti, pihak pengurusan
sentiasa mengadakan kawalan mutu perkhidmatan dan pengeluaran. Penilian dan
pengukuran dilakukan dari masa ke semasa untuk mengenalpasti kelemahan dan
mencadangkan pembaikan.
Perancangan
Bertindak
Pihak
pengurusan membuat perancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk mencapai
matlamat organisasi secara sistematik dari segi teori dan amali.
No comments:
Post a Comment